Thursday, August 21, 2014

BELAJAR MEMANDU DI JOHOR BAHRU

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.

Saya berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan lesen memandu bermula dari L sehingga P. Antara perkhidmatan yang di sediakan adalah seperti : 
  1. Urusan JPJ. 
  2. Mengajar Memandu Kelas B,D,E,H,I. 
  3. Lesen Vokasional. 
  4. Memperbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan dan Insuran kenderaan.
Belajar memandu di sekitar  Johor Bahru dengan cikgu yang peramah dan mesra pelanggan. Sekiranya anda ingin belajar mendapatkan lesen kereta/motosikal dan sebagainya, boleh hubungi saya. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

Sekiranya anda ingin menambah kelas lesen anda juga boleh diuruskan..Kepada mereka yang tinggal di sekitar Johor Bahru dan mahu belajar memandu boleh hubungi saya ( Cikgu Rizal ). Tempat belajar ialah di Pusat Belajar Memandu Intensif Sdn Bhd yang terletak di ADDA HEIGHT Johor Bahru.

Kelebihan :
  1. Cikgu yang peramah.
  2. Pengangkutan disediakan ( Jika perlu ).
  3. Kadar LULUS yang tinggi.
  4. Harga yang berpatutan.
  5. Tempat belajar yang luas dan selesa.











Hubungi kami sekarang untuk pendaftaran !






 


Kurang keyakinan dan takut memandu walaupun sudah memiliki lessen memandu.

“Cikgu saya dah lama tak memandu tapi lesen dah dapat 5 tahun”…… antara persoalan  yang sering di kemukakan oleh pemegang lesen memandu. Terdapat segelintir daripada pemegang lesen memandu terutama kaum wanita kurang keyakinan dan takut memandu apabila mendapat lesen dan hanya menjadikan lesen sebagai simpanan dalam beg tangan.  Kenapa?

Di antara puncanya adalah:-
  1. Kurang keyakinan diri.
  2. Takut berlaku kemalangan.
  3. Kurang latihan memandu dan jarang memandu kereta.
  4. Tiada kereta sendiri.
  5. Latihan memandu hanya di kawasan sekitar laluan dan perking ujian memandu di institute memandu sahaja.
  6. Menghafal tanpa memahami sistem kawalan kenderaan menyebabkan mereka lupa setelah lama tidak memandu.
  7. Mengambil lesen memandu sekadar memenuhi masa lapang atau memenuhi kehendak ibu bapa tapi kurang berminat untuk memandu.
  8. Mempunyai tanggapan setiap kenderaan berbeza cara mengendalikannya mengikut besar atau kecil kereta walaupun peraturan dan undang-undang lesen memandu kelas D boleh memandu semua jenis kereta samaada kereta auto ataupun manual. 
Serta banyak lagi sebab-sebab yang pembaca boleh senaraikan sendiri. Bagi mereka yang mengalami perkara-perkara di atas, mereka perlu mendapatkan latihan kemahiran semula (refreshing driving) dengan pengajar-pengajar memandu yang terlatih dan berpengalaman memandu berdekatan tempat tinggal masing-masing. 

Untuk mereka yang ingin mendapatkan latihan kemahiran semula memandu samada kereta manual atau auto, boleh menghubungi saya, Cikgu Rizal. 

Antara latihan, tips dan teknik yang anda akan pelajari dengan saya untuk mereka yang menjalani semula latihan kemahiran memandu ( pemegang lesen memandu kelas D samada lesen memandu P (Percubaan) atau CDL (Penuh) ). ( Latihan kemahiran memandu akan di adakan di jalanraya atau lebuhraya dan kawasan parking sebenar di tempat yang berdekatan tempat tinggal anda ). 
  1. Mengenali sistem kawalan kenderaan  samada kereta auto atau manual.
  2. Pemeriksaan Kabin ( Dalam Kerata ).
  3. Pemeriksaan luaran dan Enjin ( Contoh : apa yang dikatakan "TWI" pada tayar ).
  4. Mengenali gear manual dan auto ( untuk kereta auto ).
  5. Mengendalikan kereta auto ( Jika latihan auto sahaja ).
  6. Teknik Pull & Push untuk steering.
  7. Memandu di jalanraya ~ jarak 2 saat, jarak berhenti, mengenalpasti halangan di jalanraya, cara menukar lorong, kawasan sibuk.
  8. Parking kereta ( Bagi yang mengambil latihan melebihi 2 jam ).
  9. Teknik yang di pelajari nanti Insya Allah akan memberikan keyakinan dan keberanian semula kepada mereka yang takut.
“Cikgu saya perlukan berapa jam latihan balik?”....Untuk latihan kemahiran semula ini minima 2 jam latihan. Tapi berapa jam latihan untuk memastikan anda boleh memandu semula bergantung kepada keberanian serta kecekapan anda mengendalikan kereta dengan baik dan selamat. Di akhir setiap latihan anda akan di maklumkan perkara yang perlu di perbaiki dan kebolehan pemanduan anda. 

Secara amnya untuk menjadikan anda pemandu yang cekap dan berhemat perlukan pemanduan yang berterusan dan sentiasa mempelajari ilmu pemanduan setiap masa mengikut perkembangan semasa. 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut: 

Terima Kasih.







7 comments:

  1. Assalam,nak tanya Adda Height di area mana di jb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih mudah jika WhatsApp/SMS/Call cikgu Rizal. :)

      Delete
  2. assalammualaikum,nk tnya,sy nk wat GDL utk klas D berapa ye?dn sy perlukan lesen ni dengan kadar segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Untuk keterangan lanjut, sila WhatsApp/SMS/Call cikgu Rizal (no tel seperti si atas). Insyaalah, cikgu Rizal akan menjawab semua soalan yang ditanya dengan segera.

      Delete
  3. Nk tnye pengajar perempuan ada x...

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Rizal,
    TQ sebab ajar sy sampai lulus.
    Sofia

    ReplyDelete
  5. Berapa ye lau ambil lesen keta manual

    ReplyDelete